KABONG: Masyarakat kawasan Roban di sini diminta mengambil peluang dan memanfaatkan penganjuran kembali Pesta Roban 2023.
Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, kali terakhir pesta itu dianjurkan 2015 dan kini muncul kembali selepas lapan tahun.
“Pesta Roban 2023 adalah pentas terbaik untuk memajukan sektor sukan, riadah, pelancongan, sosial dan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.
Pesta Roban 2023 dianjurkan menerusi kerjasama tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kalaka, Krian dan Kabong.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian, Friday Belik, wakil ADUN Kabong Nur Ellfi Amir, Pegawai Daerah Kabong Mohd Rasdhan Hazem dan Pemangku Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak Mahri Sepawi.