KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo yang dikategorikan sekolah dan kelas pintar dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setelah siap bangunan sekolah tersebut boleh digunakan pada April atau Mei 2025.
“Ia dibiayai Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika meninjau tapak projek bina baharu SK Pulo di kawasan pembanguan Darul Hana di sini kelmarin.
Dr. Abdul Rahman berkata, teknologi pintar sekolah ini melibatkan pengurusan sekolah, sistem pelajaran, kantin transaksi tanpa tunai dan sistem pengimbasan mula untuk merekodkan kehadiran pelajar ke sekolah.
Katanya, sekolah ini mempunyai 30 bilik kelas yang mampu menampung 900 pelajar dan menyediakan tiga kelas untuk keperluan 75 pelajar prasekolah dan dilengkapi dewan tertutup serta gelanggang sukan terbuka.
GAMBAR:JAPEN
