KUCHING: Gas Aggregator memainkan peranan penting bagi merealisasikan objektif Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya meluaskan bekalan Natural Gas di peringkat domestik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N28 Lingga, Dayang Noorazah berkata, sebagai contoh sebelum Petros ditubuhkan, pasaran bekalan bagi LPG gas seberat 12 kilogram (kg) dan 14kg dipelopori oleh Petronas dan Shell di seluruh […]
PETROS perlu diberi 100 peratus kuasa kendali minyak, gas Sarawak
KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) milik Kerajaan Sarawak perlu diberi kuasa 100 peratus untuk mengendalikan urusan minyak dan gas di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, PETROS di ditubuhkan pada 2018 bertujuan mengawal selia dan membangunkan sumber minyak dan gas di Sarawak. Katanya, salah satu objektif utama PETROS untuk memaksimumkan penyertaan […]
Sarawak cadang tubuh Panel Penasihat kepada perubahan iklim, CCS
KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang menubuhkan Panel Penasihat yang memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan Tangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini selepas meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023. “Selepas meluluskan RUU ini, […]
RUU Ombudsman Sarawak 2023 lulus
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Ombudsman Sarawak 2023 selepas bacaan kali ketiga, hari ini. RUU tersebut yang dibentangkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan petang tadi dibahaskan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Awang Tengah ketika membentangkan RUU itu berkata, ia akan membolehkan orang awam melaporkan […]
Projek KUTS memodenkan sistem pengangkutan
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM900 juta untuk memoden dan mentransformasikan Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kos bagi membiayai KUTS itu menggunakan Pembiayaan Alternatif. “Hubungan antara kawasan luar bandar dan bandar akan dipertingkatkan dengan membaiki sistem kesalinghubungan dan pergerakan untuk menyatukan pertumbuhan ekonomi,” katanya semasa […]
RUU Ombudsman Sarawak 2023, pertama di Malaysia
KUCHING: Lima Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mulai 20 hingga 29 November, ini. Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, lima RUU terbabit ialah Sarawak Ombudsman, 2023, RUU Alam Sekitar (Mengurang Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 dan RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 dan RUU Bekalan […]
