Tahun 2024 lebih sibuk buat Sarawak

KUCHING: Tahun hadapan dibayangkan sebagai satu lagi tahun sibuk bagi Sarawak susulan banyak acara peringkat nasional dihoskan oleh Sarawak.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Peneranbgan dan Unik Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah saidol berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), Sukan Malaysia (SUKMA) dab banyak lagi acara rasmi yang lain.

Tahun hadapan, Sarawak turut dijangka melancarkan penerbangannya sendiri, katanya pada majlis makan malam Aprisiasi dan Melangkah Ke Hadapan 2030 UKAS di sini malam tadi.

Abdullah yang juga menteri bertanggungjawab terhadap UKAS justeru, menggesa kakitangan UKAS supaya berkhidmat dengan profesional dan cekap dalam menyebar maklumat kepada masyarakat.

“Saya memberi bayangan, tahun 2024 adalah satu lagi tahun sibuk bagi Sarawak kerana dijadual menjadi hos beberapa cara peringkat nasional. Kita harus bersedia untuk menjayakannya,” tegas Abdullah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, kakitangan UKAS selain bersedia bagi membantu menjayakan acara peringkat nasional itu hendaklah juga sentiasa peka menyebar maklumat menganai dasar ekonomi baharu Sarawak kepada rakyat dengan jelas dan tepat.

Abdullah turut menggesa kakitangan UKAS supaya lebih kerap mendampingi rakyat di peringkat akar umbi dan mengamalkan budaya kerja sesuai dengan kehendak pucuk kepimpinan negeri.

Pada majlis itu beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKAS kepada 11 kakitangan, hadiah penghargaan kepada 20 pegawai yang menunjukkan pretasi melebihi 85%, sijil penghargaan kepada tujuh pegawai yang bersara dan berpindah tugas dan hadiah penghargaan kepada tiga bahagian yang menunjukkan persembahan terbaik.

Tiga bahagian berkenaan ialah pentadbiran dan kewangan, pengurusan dan komunikasi dan pemantauan dan pembangunan komuniti. Ini adalah kali pertama UKAS menyampaikan hadiah penghargaan kepada bahagian

terbaik.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), Datu Hii Chang Kee dan Pengarah UKAS, Samuel Simon.