TYT hadiri Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengimarahkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Hari Sarawak 2025, malam tadi.

Ketibaan TYT serta Toh Puan pada jam 6.30 petang semalam di Masjid At-Taqwa, Miri disambut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta tetamu kenamaan lain.

Antara yang hadir sama ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU Dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel hadir sama.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadillah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Selain itu, ia turut diselitkan dengan alunan zikir marhaban daripada Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Miri, menghidupkan malam majlis penuh keberkatan itu.

Selepas Solat Isyak, TYT bersama dif kenamaan lain makan malam yang turut disertai tetamu bukan beragama Islam, menyerlahkan semangat “Segulai Sejalai” yang diterapkan dalam tema sambutan Hari Sarawak kali ini.