TYT hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-270 di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 yang berlangsung di Balai Mesyuarat, Istana Negara hari ini.

Mengiringi Tun Pehin Sri ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis Raja-Raja merupakan wadah penting yang berfungsi memberi nasihat dan pandangan kepada kerajaan mengenai dasar-dasar negara, terutamanya dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.