UITMCS rancang kerjasama dengan Kerajaan Sarawak anjur UNITE25,Festival Tari Borneo

KUCHING: Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) merancang kerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi penganjuran University Intercultural Exchange (UNITE25) dan Festival Tari Borneo Kesembilan.

Menurut kenyataan media UiTMCS, acara UNITE25 : “Mapping Sarawak to the World” akan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Dublin, Ireland pada 12 hingga 21 September 2025.

“Penganjuran Festival Tari Borneo Ke-9 pada November 2025 yang mana UiTM Cawangan Sarawak menjadi tuan rumah festival kali ini,” menurut UiTMCS.

Sehubungan itu, delegasi UiTMCS mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Bangunan Baitulmakmur Il, Petra Jaya, di sini.

Kunjungan diketuai Rektor UiTMC Prof. Dr. Firdaus Abdullah dan disertai bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohamad Isa Mohamadin,Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. SaimiBujang, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof. Ir. Dr. Juferi ldris dan Penyelaras UiTM Global Sarawak (UGS), Dr. Wan Juliana Emeih Wahed.