KUCHING: Bandar raya ini bermandikan cahaya apabila majlis pelancaran Kuching Heritage Lights and Floral Festival 2025 dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Tebingan Kuching di sini, malam ini. Kemuncak festival menyaksikan pelancaran sistem pencahayaan ikonik di tiga lokasi utama, iaitu Bangunan Ibu Pejabat DBKU Bukit Siol, Kuching Waterfront serta […]
Belia pewaris kepimpinan masa depan – Len Talif
BINTANGOR: Belia merupakan aset penting negara yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan pada masa hadapan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Taliff Salleh, berkata justeru belia berpegang kepada jati diri bagi memastikan mereka berintegriti, amanah dan telus. Katanya, inisiatif kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan kem pembangunan belia perlu dimanfaatkan […]
Karnival Zon Sampadi medium perkukuh perpaduan komuniti
LUNDU: Karnival Zon Sampadi 2025 yang berlangsung di Pantai Kampung Sampadi mendapagt sambutan hangat dengan kehadiran ratusan penduduk tempatan, sekali gus membuktikan keberkesanan program ini. Program tersebut memperkukuhkan perpaduan komuniti serta memacu pembangunan sosial. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Santubong Dato’ Sri Nancy Shukri merasmikan majlis tersebut. Beliau berkesempatan meninjau […]
20 peserta projek madu kelulut Kem Pangkalan Udara Kuching
KUCHING: Kem Pangkalan Udara Kuching kini menjadi lokasi pelaksanaan sulong projek keusahawanan madu kelulut di bawah ATM Madani di sini. ATM Madani merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan majlis peluncuran projek itu berlangsung pada hari ini. Projek berimpak tinggi ini melibatkan seramai 20 peserta terdiri daripada ahli Pertubuhan BAKAT Pangkalan […]
Dewan Lama Persatuan Chung Hua Lundu bakal dibina semula
LUNDU: Kerajaan Sarawak meluluskan Projek Rakyat membabitkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi pembinaan semula Dewan Lama Persatuan Chung Hua Lundu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan sehubungan itu menzahirma. terima kasih kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak yang meluluskan permohonan itu. “Harapan saya agar dewan baharu nanti masih […]
Benteng Sungai Simunjan dibina baharu, guna teknologi kejuruteraan BIM
SIMUNJAN: Teknologi kejuruteraan moden Building Information Modeling (BIM) akan digunakan bagi membina benteng baharu di Sungai Simunjan sebagai usaha mengatasi masalah hakisan tebing yang semakin serius. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu adalah kesinambungan daripada inisiatif terdahulu yang tidak mencapai keberkesanan disebabkan […]
Projek jalan baharu di Saratok sudah dilulus
SARATOK: Projek pembinaan jalan perhubungan baharu daripada Rumah Panjang Senyawan ke jalan masuk Saratok di sini yang sudah dilulus dijangka ditender Disember ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek itu melibatkan kos sebanyak RM38.5 juta telah diluluskan dalam mesyuarat 30 September lalu dan akan ditender oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Katanya, […]
Kaunseling, bimbingan sosial fokus JKM bantu mangsa tekanan emosi – Nancy
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa bersiap sedia untuk memberi bantuan kepada mereka yang mengalami tekanan emosi bagi memastikan sokongan segera dan berkesan dapat disampaikan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menjelaskan, kaunseling dan bimbingan sosial menjadi fokus JKM, selain menghubungkan mangsa dengan bentuk bantuan lain yang sesuai mengikut situasi masing-masing. […]
Taman Arkeologi Santubong, Pusat Wallace mercu tanda baharu Santubong
KUCHING: Taman Arkeologi Santubong dan Pusat Wallace yang dibuka secara rasmi hari ini, menandakan usaha Kerajaan Sarawak memartabatkan warisan sejarah negeri serta menjadikannya tarikan pelancongan bertaraf dunia. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kedua-dua pusat ini bakal menjadi mercu tanda baharu di Santubong. Malah, ia lahir daripada […]
Projek mega infrastruktur asas, kesihatan di Limbang
LIMBANG: Projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi daerah ini diunjurkan mencecah lebih RM1 bilion. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek-projek mega ini melibatkan infrastruktur asas dan kesihatan. “Ia melibatkan projek infrastruktur asas, hospital, poliklinik dan juga bangunan pakar Hospital Limbang,” katanya. Beliau […]
