Month: February 2026

Hadiah lumayan menanti juara Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri DUN Lingga

SIMANGGANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor telah menyalurkan insentif keseluruhan berjumlah RM42,250 bagi menyokong penganjuran dua lokasi Bazar Ramadan di Sri Aman tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak RM22,250 disalurkan kepada Fiesta Bazar Ramadan Sri Aman 2026 yang dianjurkan bersama Resepi Teratak, Persatuan Persaudaraan Melayu Betong-Sri Aman dan Jawatankuasa Usahawan […]

Skim Perumahan Spaoh dilulus

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) meluluskan Skim Perumahan Spaoh sebagai langkah strategik memperkukuh pertumbuhan pekan itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain skim perumahan, LCDA turut merancang pembinaan lebih banyak deret rumah kedai baharu berhampiran Jambatan Spaoh bagi merancakkan aktiviti komersial. Menurut […]

Program Ramadan Prihatin santuni anggota Marin, asnaf

KUCHING: Program Ramadan Prihatin yang berlangsung hari ini memberi manfaat kepada 127 penerima termasuk anggota Pasukan Polis Marin dan golongan asnaf di Masjid Darul Hana, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ia dilaksanakan menerusi kerjasama PETRONAS Sarawak bersama beberapa agensi. “Sebanyak 150 bakul […]

Warisan bubur pedas eratkan silaturahim anak Sarawak di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan daripada 30 penerima menerima sumbangan MAKSAK Cares di perkarangan Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL-Rumah Sarawak) di sini, hari ini. Majlis penyampaian diadakan semasa Acara Memasak Borpedas Sarawak dan Penyampaian Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares. Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd […]

Syarikat Ma Hung tunaikan CSR, bantu ringankan beban golongan memerlukan

KUCHING: Syarikat Ma Hung menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan membantu golongan kurang berkemampuan sempena Ramadan di kawasan Satok dan Petra Jaya di sini, hari ini. Menerusi CSR itu, syarikat berkenaan menghulurkan sumbangan berupa masing-masing 400 beg beras dan 400 beg gula untuk diagihkan kepada penerima di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu […]

Masjid, surau Daerah Simunjan terima dana RM103,000

SIMUNJAN: Dana tahunan berjumlah RM103,000 diserahkan kepada sebanyak sembilan masjid dan 11 surau di Daerah Simunjan semalam. Ahli Parlimen Sadong Jaya, Rodiyah Sapiee menyampaikan cek dana itu ketika berbuka puasa di Masjid Darul Amilin, Kampung Tanjung Pisang di sini, semalam. Beliau juga menyampaikan sumbangan bakul makanan dan bantuan tunai kepada seramai 35 orang penerima terdiri […]

Ihsan Ramadan DUN Satok santuni asnaf, bantu ringankan beban

KUCHING: Jelajah Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Satok diteruskan dengan pengagihan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Darulhana Patingan, di sini, malam ini. Seramai 15 penerima terdiri daripada golongan asnaf menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai menerusi Program Ihsan Ramadan DUN Satok. Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad […]

Pengendali Bazar Ramadan wajib ambil vaksin tifoid

MUKAH: Aspek keselamatan makanan menjadi keutamaan menjelang Ramadan apabila semua pengendali makanan di bazar Ramadan diwajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid yang sah dan masih berkuat kuasa. Timbalan Menteri Kesihatan, Hanifah Hajar Taib berkata, vaksin berkenaan perlu diperbaharui setiap tiga tahun sebagai langkah pencegahan penyakit bawaan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. Menurut beliau, syarat […]

JKMS salur RM299.79 juta bantu 57,073 penerima seluruh Sarawak

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM299.79 juta kepada 57,073 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak dalam tempoh Januari hingga Disember 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menjelaskan, bagi Bahagian Kuching sahaja, sejumlah RM57.29 juta disalurkan kepada 10,883 penerima. Langkah itu katanya, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan […]