Pembangunan bakat generasi muda bantu kejayaan Sarawak

KUCHING: Pelajar adalah agen untuk meneruskan kejayaan pada masa hadapan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, berkata wilayah ini memerlukan generasi muda terutama pelajar untuk mencipta kejayaan Sarawak dari sudut ekonomi dan sosial.

Untuk mencapainya, beliau berkata ia dapat dicapai dengan mengetegahkan elemen iaitu pembangunan bakat.

“Pemain pembangunan bakat itu ialah kamu(pelajar), oleh itu, (kami) kerajaan berada di sini untuk memerlukan bantuan anda meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian program Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak semalam.

Hadir sama, dua Setiausaha Politik kepada Premier, Abdul Samad Gany dan Abang Abdul Aziz Abang Drauf.

Beliau menegaskan, kepentingan pembangunan bakat memandangkan wilayah ini dalam transisi menuju ekonomi baharu yang berbeza dan pelbagai.

Dan semua ini katanya, memerlukan tenaga mahir generasi muda pada hari ini.