Didikan alam sekitar seawal sekolah rendah

BEKENU: Penerapan nilai cintakan alam sekitar sejak di bangku sekolah rendah penting untuk melahirkan generasi yang lebih peka terhadap isu kelestarian bumi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat I, Datuk Rosey Yunus berkata, peringkat usia kanak-kanak adalah masa paling sesuai untuk mendidik mereka agar bertanggungjawab memelihara alam sekitar.

“Sebanyak 44 sekolah rendah terlibat dalam Program Alam Sekitar Sekolah Rendah Daerah Subis 2025 dengan penglibatan murid Tahun Empat hingga Tahun Enam.

“Antara aktiviti termasuk Enviro Hunt, Eco Brick Competition dan Environmental Innovative Ideas Competition yang memberi peluang meningkatkan kemahiran STEM, penguasaan Bahasa Inggeris serta kerjasama kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Alam Sekitar Sekolah Rendah Daerah Subis 2025 di SK Beliau Isa, Bekenu, semalam.