LUNDU: Karnival Zon Sampadi 2025 yang berlangsung di Pantai Kampung Sampadi mendapagt sambutan hangat dengan kehadiran ratusan penduduk tempatan, sekali gus membuktikan keberkesanan program ini.
Program tersebut memperkukuhkan perpaduan komuniti serta memacu pembangunan sosial.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia merangkap Ahli Parlimen Santubong Dato’ Sri Nancy Shukri merasmikan majlis tersebut.
Beliau berkesempatan meninjau pelbagai gerai komuniti, pameran agensi kerajaan serta aktiviti riadah yang diadakan sepanjang pantai, menzahirkan sokongan terhadap usaha memupuk perpaduan melalui penglibatan aktif masyarakat.
Karnival anjuran Jawatankuasa Komuniti Zon 1 Sampadi ini berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Oktober lalu.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan hari ini.
