OKU berdaftar terima pelbagai kemudahan

SIMANGGANG: Seramai 708 Orang Kelainan Upaya (OKU) direkodkan berdaftar di Bahagian Sri Aman sejak 2020 hingga Oktober tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, berkata pendaftaran tersebut melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Lubok Antu.

“Pendaftaran OKU penting bagi memastikan golongan berkenaan menerima hak dan kemudahan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, di sini, semalam.

Dayang Noorazah sehubungan itu menggesa masyarakat membantu golongan OKU melakukan pendaftaran.

Menurutnya, negara ini merekodkan seramai 75,1421 OKU berdaftar berdasarkan Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU) sehingga Disember 2024.