Laman web AirBorneo dilancar, penjualan tiket mulai esok

KUCHING: AirBorneo melancarkan laman web dan pusat panggilannya di sini mulai esok (10 Disember) menandakan bermulanya penjualan tiket selepas mengambilalih perkhidmatan MASwings pada akhir Disember 2025.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, lamanweb dan pusat panggilan itu penting untuk penumpang mulai 10 Disember 2025, bagi pembelian tiket baharu untuk terbang pada atau selepas 13 Januari 2026.

Penumpang masih boleh membeli tiket MASwings melalui lamanweb MASwings sedia ada (www.maswings.com.my), untuk terbang pada atau sehingga 13 Januari 2026.

Pembelian tiket baharu untuk terbang pada atau selepas 14 Januari 2026, penumpang dikehendaki membeli tiket penerbangan di lamanweb AirBorneo (www.airborneo.com).

Sebagai pilihan, pelanggan juga boleh membeli tiket melalui pusat panggilan AirBorneo di talian 1-300-22-1388 (bebas tol bagi pemanggil tempatan) atau (+60) 82-537 555 (bagi pemanggil antarabangsa).

Status tiket MASwings sedia ada: Semua tiket MASwings dan tempahan masih sah, tanpa perubahan kepada waktu penerbangan dan tarikh.

Penumpang dengan tiket MASwings sedia ada untuk penerbangan pada atau selepas 14 Januari 2026 akan menerima panggilan individu berkaitan dengan pengeluaran semula tiket mereka oleh AirBorneo.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.airborneo.com dan kajian FAQs Am. Pasukan khidmat pelanggan AirBorneo bersedia menjawab segala pertanyaan di talian 1-300-22-1388 (bebas tol bagi pemanggil tempatan) atau +(60) 82-537 555 (bagi pemanggil antarabangsa).