LAWAS: Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian Limbang (DDC) Bil. 4/2025 di sini, semalam.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya Malaysia, JKR Bahagian Limbang, Jabatan Pengairan dan Saliran Limbang, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Majlis Daerah Limbang, Majlis Daerah Lawas, Jabatan Tanah dan Survei Limbang serta Northern Region Development Agency (NRDA).
Antara fokus utama perbincangan ialah kemajuan projek pembangunan fizikal serta keperluan infrastruktur strategik di daerah Limbang dan Lawas.
Mesyuarat berkenaan turut menegaskan komitmen semua agensi untuk memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat di kawasan terlibat.
