KUCHING: Isu pengagihan peruntukan kepada Sarawak kini dalam fasa perbincangan semula, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Katanya, kerajaan negeri meneliti cadangan yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata setakat ini, tiada keputusan muktamad dicapai dan segala cadangan masih dalam penilaian.
Sehubungan itu, katanya mesyuarat jawatankuasa teknikal di bawah MTPMA63 bagi memperhalusi formula geran khas kepada Sarawak dijadual berlangsung dalam masa terdekat,” kepada media selepas merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria 2026, di sini, hari ini.
Sharifah Hasidah menegaskan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap formula itu untuk memastikan ia tepat dan adil sebelum dibawa untuk perbincangan rasmi bersama pihak Persekutuan.
