Pelajar Sarawak harumkan nama negara, raih pelbagai anugerah GELOSEA 2026

SINGAPURA: Pelajar Sarawak mengharumkan nama Malaysia apabila meraikan pelbagai anugerah dalam Pertandingan Olimpik Bahasa Inggeris Global Asia Tenggara (GELOSEA) 2026 di D’Marquee, Pasir Ris, semalam.

Danson Anding Denny Kana dari Sejolah Menengah (SM) Sains Kuching Utara mencipta sejarah dengan Anugerah Diamond yang tertinggi di kategori Secondary 2.

Aariz Abdillah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman dan Rizqi Harris Johan dari SM Sains Kuching Utara turut meraikan Anugerah Emas dalam kategori Secondary 3 bersama-sama.

Darrel Nathaneal Buko Desmond dari SM Sains Kuching Utara berjaya menjuarai Anugerah Emas kategori Secondary 4.

Marion Nathania Tening Desmond dari SM Sains Kuching Utara turut menyumbang kejayaan dengan Anugerah Perak dalam kategori Secondary 1, manakala Isaac Ho Yuu Zac dari SMK Batu Lintang memperoleh Anugerah Gangsa.

Pasukan Malaysia diumumkan sebagai Pasukan Terbaik secara keseluruhan, mengatasi peserta dari sembilan negara seperti Filipina, Thailand dan Indonesia.

Enam pelajar Sarawak menyertai dalam kalangan 105 wakil Malaysia yang lulus ujian saringan kebangsaan untuk pertandingan yang menguji kemahiran Bahasa Inggeris tahap tinggi.

Kejayaan ini membuktikan bakat anak Sarawak mampu bersaing setara di pentas antarabangsa.