Sarawak terokai kerjasama dua hala infrastrukur pengurusan air

SINGAPURA: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi yang memulakan lawatan kerja rasminya ke Singapura hari ini memfokuskan kepada kerjasama dua hala kelestarian infrastrukur dalam pengurusan air dan kemajuan teknologi utiliti.

​Julaihi yang tiba di Singapura semalam, memulakan lawatan dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kelestarian Alam Sekitar dan Menteri Yang Bertanggungjawab Hubungan Dagangan Singapura, Grace Fu.

Grace Fu pada majlis kunjungan hormat tersebut memberi penerangan mengenai dasar air dan tenaga Singapura.

Hari ini pula, Julaihi bersama delegasi mengadakan lawatan kerja ke tapak Sustainable Tropical Data Centre Testbed (STDCT).

Pusat kemudahan kajian bersama itu diketuai University National of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (NTU) sebagai merintis sistem penyejukan hibrid dan kecekapan tenaga direka khusus untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan air dalam suasana cuaca panas di sini.

Julaihi ditemani Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Ir. George Lee, Pengurus Kualiti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Ir. Ts Tie Tung Ing, dan Pemangku Ketua Pegawai Sarawak Water Sdn. Bhd. Malsem Jamal.

​Esok, Julaihi dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis Minggu Air Antarabangsa Singapura 2026 di Pusat Persidangan dan Ekspo sand.

​Selepas itu, Julaihi akan merasmikan Sarawak Pavilion yang mempamer kemajuan pengurusan utiliti Sarawak kepada pelawat antarabangsa dari 16 hingga 18 Jun ini.