GPS tampil lima calon wanita, dua muka baharu

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan lima calon wanita bagi menghadapi PRU DUN Sarawak ke-13, dengan dua daripadanya merupakan muka baharu yang diberi kepercayaan untuk bertanding.

Dua calon baharu itu ialah Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim diketengahkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Muara Tuang dan Nurfatin Syawafani Tahamat (N.71 Bekenu).

Mereka bakal bergandingan dengan tiga calon wanita berpengalaman yang turut dikekalkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Tiga calon berkenaan ialah Dayang Norazah Awang Sohor di N.28 Lingga, Dato Sri Fatimah Abdullah di N.56 Dalat dan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di N.7 Samariang.

Secara keseluruhan, penyertaan lima calon wanita itu memperlihatkan gabungan calon baharu dan berpengalaman dalam barisan GPS bagi menghadapi pilihan raya kali ini.