Semangat setiawan GPS tunjang kestabilan politik, keharmonian

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu kestabilan politik dan keharmonian yang dinikmati Sarawak terus dikekalkan.

Beliau berkata, setiap cabaran yang timbul perlu dihadapi dan diselesaikan menerusi semangat setiakawan serta kepercayaan antara satu sama lain.

Menurutnya, konsep setiakawan berteraskan kepercayaan itu telah diamalkan di peringkat nasional dan turut diterapkan di Sarawak.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, semangat berkenaan perlu terus diperkukuh bagi memastikan kestabilan politik dan keharmonian negeri sentiasa terpelihara.

“Kestabilan yang dinikmati ketika ini amat penting supaya usaha pembangunan negeri dan negara dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

“Sarawak pada masa ini berada dalam keadaan yang begitu stabil. Oleh itu, kita mahu kestabilan tersebut terus dikekalkan melalui semangat setiakawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya GPS di sini, hari ini.