Bekerja keras, wanita mahu pastikan semua calon menang bergaya

KUCHING: Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik penambahan bilangan calon wanita, termasuk pemilihan dua calon wanita baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13.

Ketuanya, Dato Sri Fatimah Abdullah turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan yang diberikan kepada golongan wanita.

Kedua-dua calon baharu, masing- masing bagi DUN.16 Muara Tuang, Dr. Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim dan DUN N.71Bekenu, Nurfatin Syafawani Tahamat mempunyai kekuatan tersendiri, jelasnya.

Selain itu, mereka berdua turut mempunyai
pengalaman luas di lapangan dan dalam parti serta latar belakang profesional, ujarnya.

“Dari segi merit dan kredibiliti, mereka ini adalah pilihan yang tepat dan kami menyokong penuh.

“Kami akan bekerja keras untuk memastikan bukan sahaja calon wanita, tetapi semua calon GPS akan menang dengan mandat yang lebih besar,” katanya.

Fatimah berkata demikian kepada media selepas menerima watikah pelantikan sebagai Calon PRU DUN Sarawak bagi DUN N.56 Dalat.