LAWAS: Kaum Tagal dan Penan bersama-sama membentuk masyarakat majmuk di kawasan Parlimen Lawas.
Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, Daerah Lawas mempunyai satu-satunya komuniti kaum Tagal yang menghuni kawasan di ulu Merapok dan Long Tengoa di Ulu Trusan.
“Manakala, kaum Penan juga ada di Lawas yang merupakan kelompok minoriti yang bersama-sama membentuk masyarakat majmuk di kawasan parlimen ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baru 2025 Peringkat Daerah Lawas anjuran Jabatan Perpaduan dengan kerjasama jawatankuasa permuafakatan Rukun Tetangga Daerah Lawas di Dewan Masyarakat Trusan, di sini, malam tadi.
Henry Sum juga mengumumkan geran kerajaan sebanyak
RM10,000 kepada Jabatan Perpaduan Lawas untuk menjalankan aktiviti tahun ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Perpaduan Sarawak Diwarna Azool dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.
