KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak akan mengadakan ‘Op Lancar’ sempena sambutan perayaan Gawai Dayak bermula 30 Mei sehingga 4 Jun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, ini khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan operasi ini akan melibatkan semua daerah di Sarawak.
“Lebih kurang 350 pegawai dan anggota JSPT Kontinjen Sarawak akan terlibat,”katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Mancha berkata, ini bagi menentukan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan kelancaran aliran trafik dikawal serta diselaras dengan efektif.
Katanya, tumpuan Op Lancar terbabit adalah di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.
“Ini khususnya kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan lokasi-lokasi strategik sering berlaku kesesakan lalulintas,” tambahnya.
