KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan belum mempunyai perancangan khusus bagi merealisasikan pelaksanaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dewan Belia Sarawak.
Timbalan menterinya, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, pada masa kini kementerian melalui kolabrasi rakan strategik dengan SABERKAS dan persatuan belia sebagai platform bagi mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan belia.
“Antara program lain ialah Program Integrasi Belia Sarawak @ Johor dan Sabah, Jelajah Belia Sarawak, Kem Kepimpinan Belia dan lain-lain bagi memantapkan pembangunan modal insan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine.
Gerald berkata, kementerian juga bekerjasama dengan Urbannice Malaysia bagi melaksanakan Youth Assembly Malaysian Urban Forum 2023 sebagai usaha mencungkil bakat kepimpinan belia.