KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) telah menyumbang barangan elektrik kepada dua pertubuhan di Jalan Ong Tiang Swee, di sini.
Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang melakukan penyerahan sumbangan itu berupa sebuah peti sejuk kepada Cheshire Home.
Beliau turut menyerahkan dua ketuhar elektrik, periuk tekanan (pressure cooker) dan mesin pancutan air (water jet) kepada Sarawak Society for the Blind (SSB).
Sumbangan itu untuk menggalakkan pembuatan biskut dan kuih menjelang musim perayaan nanti dan untuk aktiviti-aktiviti warga SSB.
GAMBAR:JABATAN PREMIER
