Anggota APM, ATM bantu bersihkan rumah panjang terjejas banjir

KRIAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok membantu membersihkan Rumah Ason, Tembawai Kapok Awik yang terjejas banjir, di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata seramai 13 anggota bergotong-royong bersama 10 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghulurkan bantuan.

“Gotong-royong hari ini melibatkan kerja-kerja mencuci perabot dan lantai kediaman yang dipenuhu lumpur dan sebagainya,” katanya.

Nur Athirah berkata, pihaknya berharap bantuan itu dapat mengurangkan kesusahan penduduk rumah panjang berkenaan.

Katanya, anggota APM terus turun padang memantau kawasan terjejas banjir.