DUN Negeri Sembilan lawat DUN Sarawak

KUCHING: Rombongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan mengadakan lawatan kerja dan penanda aras ke DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Lawatan tersebut diketuai Speaker DUN Negeri Sembilan, Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman serta rombongan disambut Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Rombongan tersebut melawat beberapa lokasi di dalam Bangunan DUN Sarawak seterusnya taklimat Speaker DUN Sarawak.

Taklimat tersebut membuka ruang kepada kedua negeri untuk sesi perkongsian ilmu berkenaan sejarah, maklumat pengurusan, organisasi dan pentadbiran serta operasi DUN.

Turut hadir, Timbalan SUK Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato Fatimah Mohd Iskandar, Datin Samsinah Abd Rahman, Dato’ Rozitta Sulaiman, Setiausaha DUN Negeri Sembilan, Mohd Amin Ludin dan Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang.