SIBU: Kontinjen Zon Selatan terdiri daripada Kuching, Samarahan dan Serian muncul juara keseluruhan temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 yang berakhir di sini, hari ini.
Kontinjen berkenaan berjaya mengumpul 63 pingat emas, 43 perak dan 37 gangsa.
Kontinjen Zon Tengah (Sibu, Kapit dan Mukah) pula di tempat kedua dengan mengumpul 50 pingat emas, 47 perak dan 54 gangsa.
Manakala Kontinjen Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu) ketiga dengan mengumpul 49 pingat emas, 56 perak dan 59 gangsa.
Seterusnya Kontinjen Zon Barat (Sarikei, Betong dan Sri Aman) berada di tangga keempat dengan lapan pingat emas, 20 perak dan 44 gangsa.
Sementara itu, Zon Barat diumumkan sebagai tuan rumah bagi SUKSAR IV pada 2025.
