LUNDU: Seramai 52 ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu dan 34 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sumbangan Aidilfitri, di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menyempurnakan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu.
Azizul berkata, fokus utama pembangunan akan diberikan termasuk memacu ekonomi di tiga zon strategik iaitu Lundu, Sampadi dan Sematan.
“Fokus utama itu diberikan sekiranya beliau diberi mandat untuk penggal kedua sebagai wakil rakyat kawasan itu,” katanya.
Ini kerana beliau yakin DUN Tanjong Datu berpotensi besar menjadi pemangkin ekonomi Sarawak.
“Ini terutama dengan siapnya projek Jambatan Rambungan yang akan membuka lebih banyak akses dan peluang perniagaan,” katanya.
Di samping itu, sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat, beliau menjemput warga Lundu hadir ke majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang akan diadakan 4 April depan.
