Permohonan penduduk PPR Taman Bandaria akan dibincang
BINTULU: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bandaria, Kemena di sini, mengemukakan tiga permohonan semasa lawatan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama-sama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee di sini. Permohonan itu ialah meminta PPR Taman Bandaria menjadi milik penghuni, menaik taraf tangki air dan laluan pagar di antara perumahan […]
PRK Jepak: 22, 731 pengundi bakal tunai tanggungjawab Sabtu ini
BINTULU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi bagi kegunaan hari mengundi pada 4 November ini. SPR dalam kenyataan medianya berkata, proses ini untuk memastikan peralatan pada hari mengundi lengkap dan dalam keadaan baik. “Kesemua peralatan ini diagihkan kepada ketua-ketua tempat mengundi […]
Empat lokasi Parlimen Tanjong Manis disedia perkhidmatan BWA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang merangka solusi bersesuaian menggunakan pelbagai teknologi di kawasan yang masih belum mendapat liputan internet. Ia bagi penyediaan perkhidmatan internet baki sebanyak tiga peratus di kawasan tersebut. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penyediaan infrastruktur komunikasi di lokasi-lokasi tersebut mencabar dari segi keadaan muka bumi yang […]
PRK Jepak: SPR guna sistem baharu kira undi, keputusan diketahui 9 malam
BINTULU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan lebih kurang 65 peratus pengundi akan turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak 4 November ini. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ini berbanding sebanyak 62 peratus yang turun mengundi di DUN terbabit pada pilihan raya lalu. “Kita berharap kesemua pengundi DUN […]
Debat Akhir Piala Premier, 8 November
KUCHING: Persaingan sengit antara pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi (IPT) di sini bakal disaksikan menerusi cabaran Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Piala Premier Sarawak Peringkat Akhir. Debat itu akan berlangsung di Muzium Budaya Borneo di sini pada 8 November ini. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee […]
Sarawak pilihan MASDAR Abu Dhabi
KUALA LUMPUR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengalu-alukan Abu Dhabi Future Energy Company (MASDAR) untuk menerokai potensi pelaburan di Sarawak. Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, di bawah strategi pembangunan ekonomi Sarawak yang menggabungkan kemampanan, pembangunan tenaga hijau diperbaharui terutama tenaga solar, menawarkan peluang pelaburan berpotensi […]
Penduduk luar bandar perlu pilih calon berwibawa
BINTULU: Penduduk kawasan luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak perlu memilih calon berwibawa yang boleh membawa suara mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi memastikan mereka dapat bersama menikmati pembangunan di negeri ini. “Jangan mempersia-siakan peluang ini untuk anda bersama menikmati pembangunan […]
Agong, Permaisuri jadikan Missclyen anak angkat, ibu bapa terharu
BINTULU: Perkenan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadikan kanak-kanak istimewa, Missclyen Roland, 2, sebagai anak angkat menzahirkan rasa terharu ibu bapa kepada anak itu. Perkara itu dikongsikan ayah Missclyen, Roland Jimba, 48, ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Penan Muslim, di sini, selepas berita itu tular di media sosial Facebook hari […]
Beri kemenangan dengan majoriti besar calon GPS – Fadillah
BINTULU: Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak perlu memberi kemenangan dengan majoriti undi besar kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 4 November ini. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini perlu dilakukan sekiranya mereka mahu DUN Jepak terus membangun bersama GPS. “Kalau mereka hendak membangun bersama […]
Sarawak sasar bangunkan 10,000 hektar ladang buluh komersial menjelang 2030
BINTULU: Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Pertama Ferroalloys Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang penanaman buluh di sini, hari ini. Simbolik pemeterian MoU itu disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Hadir sama, Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk […]
