BETONG: Projek pembangunan infrastruktur awam yang dilaksanakan kerajaan di luar bandar negeri ini perlu menggunakan tapak tanah.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, antara projek terbabit sedang dijalankan termasuk pembinaan dan naik taraf jalan, pembinaan jambatan, menara telekomunikasi, bekalan elektrik dan air, Skim Penempatan Semula (SPS), Skim Pembesaran Kampung dan banyak lagi.
“Kerajaan memerlukan tanah bagi melaksanakan dan memastikan projek pembangunan itu dapat dilaksanakan untuk kepentingan awam,”katanya ketika menghadiri Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah di Dewan Layar, Betong hari ini.
Penyampaian itu dilakukan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.
Dalam majlis itu, seramai 48 orang telah menerima cek pampasan tanah bagi Projek Jalan Baru daripada Rumah Panjang Maja ke Penurin, Betong dan Jalan Akses dari Jambu Krampak ke Rantau Layang, Betong disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Hadir sama, Timbalan Menteri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Betong, Ir. Jason Ng. Boon Tuan dan Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong, TPr. Moris Nayup.
Tamat
