LUNDU: Masalah perparitan yang sering membelenggu penduduk Taman RMR Lundu dijangka selesai menjelang tahun hadapan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, masalah itu yang menyebabkan banjir kini sedang diatasi yang mana projek berkaitan telah ditender.
“Dengan pelaksanaan projek ini, masalah banjir di Taman RMR Lundu dijangka selesai sepenuhnya menjelang tahun hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Kampung Sileng Melayu di sini, semalam.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup, Pegawai Daerah Lundu, Tuan Zulkarnain Ismail, Timbalan Ketua Cawangan PBB N3 Tanjong Datu, Abdul Razak Abdul Wahab dan Penghulu Awang Sulong Awang Drahman.
