Ziarah Tahun Baharu Cina semai semangat perpaduan kaum

LUNDU: Semangat keharmonian dan perpaduan kaum terus kekal di kawasan Tanjong Datu menerusi Program Ziarah Tahun Baharu Cina 2026 di sini.

Kunjungan itu melibatkan lima kediaman tokoh-tokoh masyarakat Cina antaranya Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tanjong Datu, Goh Chin Seng, Pemanca Chin Kian Ming, Penghulu Khiew Nam Fa, Kapitan Bong Chai Chin dan Kapitan Jee Hiong Chiew.

Kunjungan itu disertai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Nancy Shukri, mantan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, ​tradisi ziarah ini bukan sekadar kunjungan perayaan, malah sebagai platform terbaik untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat, selari semangat perpaduan yang menjadi teras keharmonian di Sarawak.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup.