Bazar Ramadan Stutong miliki tahap kebersihan tinggi

KUCHING: Bazar Ramadan Stutong merupakan antara bazar terbaik di bandar raya ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland berkata ini dari segi pengurusan, kepelbagaian juadah dan harganya berpatutan.

Katanya, ini juga merangkumi tahap kebersihan yang tinggi melalui amalan menjaga kebersihan gerai, penggunaan peralatan bersih serta pengendalian makanan yang selamat.

“Ini adalah tanggungjawab bersama bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bazar Ramadan Stutong, di sini hari ini.

Dr Hazland berkata, penganjuran bazar Ramadan itu setiap tahun turut merancakkan ekonomi setempat dan membantu peniaga kecil dan usahawan mikro menjana pendapatan.