KUCHING: Seramai 120 pelajar dari tiga sekolah rendah di Bahagian Sarikei mengadakan lawatan sambil belajar ke TEGAS Digital Village (TEGAS) di sini, hari ini.
Tiga sekolah rendah terbabit ialah SK Abang Haji Matahir (50 pelajar), SK Udin (40) dan SK Petai (30).
Mereka diketuai Guru Besar masing-masing dalam rangka lawatan ke bandar raya ini.
Lawatan ke TEGAS Digital Village bertujuan mendedahkan pelajar kepada ekosistem digital, inovasi dn mengalami sendiri pembelajaran STEM yang menyeronokkan.
Para pelajar diberi taklimat mengenai peranan TEGAS dan berpeluang melawat kemudahan seperti Auditorium dan Maker Lab.
Semoga lawatan itu menjadi langkah untuk menginspirasi dan mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia digital.
