Regata Telaga Air pada 26 – 28 September

KUCHING: Sebanyak 17 pasukan mengesahkan penyertaan dalam Pesta Regata Telaga Air 2025 di Esplanade Kampung Telaga Air pada 26 hingga 28 September ini.

Perahu lumba yang menyahut cabaran dalam beberapa acara regata itu ialah Cahaya Tongkat Sakti, Cahaya Arus Bakat Laut, Cahaya Arus Ibnur Firnas, Landas Cahaya Helang Tasik, Landas Azam Kasihnya Warisan dan Landas Saga Sebuyau.

Turut menyertai ialah perahu Ujan Panas Puteri Kilat 1, Ujan Panas Puteri Kilat 2, Ujan Panas Puteri Kilat 3, Ujan Panas Puteri Kilat 4, Ujan Panas Puteri Kilat 5 dan Ujan Panas Puteri Kilat 6.

Perahu lain ialah Laksamana Arif, Waris Telaga 7, Sinaran Ratu Siska, Sinaran Ratu Balqis dan Sinaran Ratu Tasnim.

Regata Telaga Air akan menyaksikan 10 acara perlumbaan iaitu acara 10 pengkayuh lelaki, 15 pengkayuh lelaki, 20 pengkayuh lelaki, 25 pengkayuh lelaki dan 30 pengkayuh lelaki saringan A, B, C dan Raja Sungai.

Turut diadakan ialah acara 20 pengkayuh lelaki, 25 pengkayuh lelaki, 30 pengkayuh lelaki pecut akhir serta 30 pengkayuh lelaki marathon akhir dan 20 pengkayuh orang kenamaan akhir.

Pengerusi Jawankuasa Pengelola Pesta Regata Telaga Air 2025, Kr Mahmud Dato Sri Ibrahim berkata, cabutan undi dan taklimat diadakan 16 Septembet lalu.

Pesta dikelolakan bersama Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Telaga Air dan didukung oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Pejabat Pusat Khidmat Parlimen P.193 Santubong dan Pusat Khidmat ADUN N.4 Pantai Damai.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras projek agensi pembangunan wilayah, DBKU dan Hal ehwal islam) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.4 Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dijangka merasmikan pesta itu pada petang 27 September.

Turut hadir mesyuarat ialah ahli-ahli Majlis MPP, Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti dan Korporat MPP, Nor Aziah Jumain, Ketua Bahagian Kewangan MPP Lim Lian Jin dan Setiausaha JKK Kampung Telaga Air, Mohamad Arif.
Kali terakhir Regata Telaga Air diadakan ialah pada 1 hingga 3 Disember 2023.