LIMBANG: Ancaman buaya kepada pasukan penyelamat antara perkara yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah Limbang dalam persiapan menghadapi Monsun Timur Laut di daerah terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal berkata, ancaman buaya ini bukan sahaja melibatkan penduduk tetapi pasukan penyelamat semasa membantu mangsa banjir di kawasan terjejas. “Kita […]
Influenza A: Langkah berjaga-jaga diperketat – Fatimah
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengambil langkah segera sekiranya prasekolah di negeri ini dikesan terjejas akibat penularan Influenza A, termasuk menutup sementara institusi terbabit atau memperketatkan prosedur operasi standard (SOP). Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, setakat ini tiada laporan rasmi diterima mengenai sebarang penularan di prasekolah di Sarawak, namun […]
MySRBN XL dilancar, penduduk Belaga nikmati internet berkelajuan tinggi
BELAGA: Penduduk Belaga kini boleh menikmati internet berkelajuan tinggi apabila Kerajaan Sarawak melancarkan MySRBN XL, inisiatif baharu berasaskan gentian optik yang menjanjikan sambungan lebih pantas, stabil dan mampu milik. Malah, MySRBN XL akan menjadi pemangkin kepada kehidupan masyarakat luar bandar, sama seperti bagaimana elektrik dan jalan raya membawa perubahan besar suatu ketika dahulu. Menteri Utiliti […]
Projek bina pusat kanser Sarawak sedang dinilai – Dr Sim
KUCHING: Impian Sarawak memiliki hospital khusus bagi rawatan penyakit kanser bakal terlaksana apabila projek mega itu sedang dinilai di peringkat akhir sebelum dimulakan. Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, projek pembinaan pusat tersebut kini berada pada peringkat makmal penilaian nilai sebelum pelantikan perunding oleh Kerajaan Persekutuan. Katanya, Kerajaan Sarawak bersetuju menyalurkan dana […]
Sarawak tarik minat Belanda terokai peluang pelabuhan
KUCHING: Keupayaan Sarawak merancang pembangunan pelabuhan secara strategik dan berdaya saing menarik minat Kerajaan Belanda untuk menjalin kerjasama dalam sektor pelabuhan serta maritim negeri ini. Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner berkata, Belanda melihat potensi besar dalam rancangan Sarawak memperkasa sistem pelabuhan sebagai nadi baharu pertumbuhan ekonomi negeri, selain peluang luas untuk pertukaran teknologi […]
Pelbagai inisiatif diperkenal GPS, warga emas terus dihargai – Fatimah
KUCHING: Sebanyak 14 peratus penduduk Sarawak kini berumur 60 tahun ke atas dan kedua tertinggi di negara ini. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini berdasarkan statistik daripadaJabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), MyAgeing Dashboard. “Tertinggi kedua selepas Perak (15.3 peratus ) dan jelas lebih tinggi daripada purata kebangsaan yang […]
Raptai penuh sambutan Hari Lahir Rasmi TYT Sarawak lancar
KUCHING: Persiapan menjelang Sambutan Perayaan Hari Lahir Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-79 pada 11 Oktober ini lancar dengan raptai penuh Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa di Padang Merdeka di sini, hari ini. Walaupun hujan sekejap, namun raptai yang disertai pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan dan pasukan beruniform berjalan lancar dan teratur. […]
NREB Sarawak bakal distruktur sebagai badan korporat strategik
KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dijangka melalui satu fasa transformasi penting apabila kerajaan negeri merancang menjadikannya sebagai badan korporat strategik yang lebih dinamik dan berdaya saing. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu diambil bagi memastikan NREB berupaya memainkan peranan lebih besar dalam melindungi dan […]
SJK Chung Hua Roban dapat peruntukan RM12,000, laksana aktiviti
ROBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Roban menerima peruntukan sebanyak RM12,000 bagi melaksanakan aktiviti tahunan sekolah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mengumumkan peruntukan terbabit sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan dan kebudayaan. “Ini selaras dengan komitmen kerajaan negeri membantu sekolah jenis kebangsaan di seluruh Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian […]
JKMS salurkan bantuan bulanan RM224.8 juta sejak Januari – September
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyalurkan bantuan bulanan berjumlah RM224,008,150 di seluruh Sarawak dari Januari hingga September 2025. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini membabitkan seramai 57,001 penerima bantuan bulanan di seluruh Sarawak. “Bagi Januari sehingga September, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching menyalurkan perbelanjaan sebanyak […]
