Month: November 2026

Empat projek strategik tingkat kapasiti bekalan air Serian

SERIAN: Empat projek pembangunan bekalan air dengan anggaran kos keseluruhan RM1.005 bilion dicadangkan bagi memperkukuh sistem bekalan air di Bahagian Serian menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, projek berkenaan bertujuan memperkukuh sistem bekalan air dan memastikan keperluan penduduk di Bahagian Serian dapat […]

22 jambatan mega hasil inisiatif Premier, dana dibiayai Sarawak

KUCHING: Pembinaan 22 jambatan mega di seluruh Sarawak merupakan hasil inisiatif Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah. Tegasnya, pembinaan kesemua jambatan itu dibiayai sepenuhnya menggunakan dana Kerajaan Sarawak sendiri. “Daripada keseluruhan 22 jambatan mega yang dirancang, sebanyak 14 jambatan telah siap dibina. “Kesemua […]

Jambatan Sejingkat buka peluang pembangunan baharu

KUCHING: Pembukaan Jambatan Sejingkat bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan sekitar, termasuk pembinaan jalan raya baharu, kawasan perumahan serta peningkatan kegiatan ekonomi penduduk. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan turut merancang pembinaan jalan baharu menghubungkan Bako dengan Buntal serta laluan tambahan menuju ke Darul Hana. Menurutnya, pembangunan jaringan jalan […]

Abang Johari beri bayangan Dr Annuar kekal calon GPS DUN Nangka

SIBU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkemungkinan dicalonkan semula oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan tersebut ketika ditanya mengenai calon GPS bagi kerusi […]

SK Kampung Buda bakal berwajah baharu

SARIBAS: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buda bakal menikmati kemudahan pendidikan lebih moden dan selesa menerusi pelaksanaan projek pembinaan baharu serta bangunan tambahan bernilai RM28.5 juta. Projek pembangunan itu dijangka membawa perubahan besar kepada persekitaran sekolah, sekali gus meningkatkan keselesaan murid dan guru serta menyokong keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, […]

SMK Bukit Goram bakal siap 2030, dilengkapi kemudahan moden dan selesa

KAPIT: Penjimatan kira-kira RM40 juta hasil tender pembinaan SMK Bukit Goram di sini akan dimohon untuk membiayai pembinaan asrama murid dan rumah kediaman guru. Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, permohonan menggunakan lebihan peruntukan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan dan, sekiranya perlu, Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan. “Kita akan mohon supaya penjimatan […]

Sibu dirancang jadi hab ekonomi wilayah tengah Sarawak

SIBU: Kerajaan Sarawak merancang pembangunan menyeluruh bandar Sibu, termasuk pembangunan semula Bukit Assek bernilai kira-kira RM2 bilion. Selain itu, penubuhan Zon Ekonomi Sibu bagi memperkukuh kedudukannya sebagai hab ekonomi wilayah tengah. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu memerlukan pelan induk jangka panjang yang merangkumi pembangunan bandar, kawasan penempatan […]

Semak dan imbang bukan sekadar persaingan parti politik – Asfia

KUCHING: Persaingan merebut kerusi pilihan raya tidak boleh disamakan dengan prinsip semak dan imbang dalam sistem pemerintahan kerana kedua-duanya mempunyai fungsi dan tujuan berbeza. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, usaha menghalang sesebuah parti daripada memenangi semua kerusi lebih tepat disebut sebagai ‘semak parti’, bukannya semak […]

Abdul Karim bimbang Sarawak jadi transit dadah

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan kebimbangan Sarawak dijadikan laluan transit sindiket penyeludupan dadah berskala besar. Beliau berkata, terdapat maklumat mengenai kemasukan dadah melalui Miri yang dipercayai bertujuan dihantar ke destinasi lain. Bagaimanapun, katanya, belum dapat dipastikan sama ada dadah berkenaan hanya melalui Sarawak atau […]

PRU DUN Sarawak Ke-13: Keputusan PAS dipuji, serah kepada rakyat nilai PKR

KUCHING: Keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13 disifatkan sebagai langkah positif yang mencerminkan semangat setia kawan dalam hubungan politik. Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu wajar dihargai kerana menunjukkan kepentingan menjaga hubungan […]