Month: November 2026

Lebih 2,500 peserta meriahkan Fun Run SKS Bahagian Samarahan

SAMARAHAN: Program Fun Run sejauh lima kilometer sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Samarahan menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 2,500 peserta. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, sambutan itu membuktikan Fun Run menjadi antara aktiviti yang dinanti-nantikan masyarakat Sarawak. “Fun Run merupakan sebahagian daripada pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang SKS […]

SKS platform salur perkhidmatan terus kepada rakyat

SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) menjadi platform memudahkan rakyat mendapatkan akses terus kepada perkhidmatan kerajaan negeri. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pendekatan turun padang membolehkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi. “Program itu turut memudahkan masyarakat mendapatkan bantuan serta menyelesaikan urusan berkaitan agensi kerajaan. “SKS menyediakan ruang kepada rakyat […]

Nelayan Betong terima bantuan pukat, jana sumber pendapatan

BETONG: Seramai 177 orang menerima Bantuan Input Nelayan melalui Tabung Pemudahcara Pertanian (AFF) anjuran Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Betong, di sini, semalam. Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM355,000 atau bersamaan anggaran RM2,000 bagi setiap penerima. “Setiap penerima turut menerima 17 utas pukat hanyut bagi membantu kegiatan perikanan mereka,” […]

GPS lancar jentera pilihan raya esok

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melancarkan jentera pilihan rayanya esok 22 November, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada jam 2.30 itu petang akan disempurnakan Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. […]

Jentera Parti PBB Daro siap siaga, tidak leka hadapi PRU DUN Sarawak ke-13

DARO: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.43 Daro diingatkan supaya meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13. Ketua Cawangan merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti PBB, Dr Safiee Ahmad berkata, langkah itu perlu melibatkan semua peringkat termasuk cawangan dan ranting serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Belia 1828. […]

Kestabilan politik, kepimpinan berwawasan pacu kemajuan Sarawak – Fadillah

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik, kepimpinan berwawasan serta sokongan rakyat menjadi faktor utama yang memacu kemajuan ekonomi dan pembangunan Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, kesinambungan dasar pembangunan di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, turut memperkukuh daya saing negeri melalui ekonomi digital dan hijau. Menurutnya, kepimpinan […]

‘Kalau tidak bertanding, terima kasih, kalau bertanding kita lawan’ – Premier

SERIAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghormati keputusan parti luar yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-13. Ketika menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan politik, beliau turut merujuk kepada perbincangan berkaitan parti-parti politik di media sosial sebelum menyifatkan persaingan berkenaan sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi. […]

Industri mikrocip tumpuan pembangunan teknologi Sarawak

SERIAN: Sarawak bakal memperkukuh ekonomi digital menerusi pembangunan Kampus Kecerdasan Buatan (AI) di kawasan Samarahan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baharu menjelang 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu mencerminkan usaha negeri menyertai ekonomi global yang semakin bergantung kepada AI, teknologi kuantum dan robotik. “Dunia kini memasuki revolusi baharu […]

Tapak projek Klinik Kesihatan baharu Mukah dikenal pasti

MUKAH: Kerajaan sudah meluluskan pembinaan Klinik Kesihatan baharu di sini, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata tapak projek sudah dikenal pasti dan perincian reka bentuk serta kemudahan sedang dimuktamadkan. “Saya berharap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. […]