KUCHING: Lebih kurang 1,000 peserta terdiri daripada peringkat umur khususnya kawasan N8 Satok menyertai Malaysia Day Fun Walk Satok Edition 1.0 di sini, hari ini.
Acara berjalan kaki itu bermula dari Jambatan Datuk Amar Juma’ani hingga ke Kompleks Sukan Satok @ Padang SLPAS.
Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki turut sama menyertai acara jalan kaki sejauh 1.6 kilometer (km) itu melalui sekitar kampung nombor.
Menurutnya, objektif acara itu bukan sahaja untuk kesihatan tetapi wadah penyatuan komuniti di Satok dan juga menyemai semangat patriotisma dalam kalangan masyarakat berikutan sambutan Hari Malaysia esok.
“Berikutan kejayaan program itu, acara tersebut boleh diadakan setiap tahun,” katanya.
