KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak akan menganjurkan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU 2026) Zon Sarawak.
Menurut kenyataan media Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, karnival tersebut akan diadakan di Penview Convention Centre (PCC), Demak, di sini pada 11 hingga 12 April 2026.
“Penganjuran karnival ini bertujuan mempromosi dan menyebarluas maklumat terkini mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
“Ini bagi memberi peluang kepada masyarakat Borneo khususnya pelajar sekolah, guru dan ibu bapa,” katanya.
