SARIKEI: Sebanyak 20 kiosk perniagaan My KIOSK-KPKT dirasmi di Bazar Riadah Taman Susur Jambu di sini.
Kiosk dirasmikan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.
Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, kiosk terbabit bagi membantu meningkatkan pendapatan peniaga dan menjadikan kawasan bazar itu lebih kemas dan teratur.
“Berbanding sebelum ini (penjaja dan peniaga bazar) yang hanya menggunakan bahan kayu dan kanvas,”katanya.
Len turut meminta penjaja dan peniaga untuk menitikberatkan kebersihan bazar terbabir agar pengunjung berasa selesa.