25 usahawan sertai bengkel kewangan

KUCHING: Seramai 25 usahawan menghadiri bengkel kewangan dan pembiayaan perniagaan selama dua hari di TEGAS Digital Village di sini.

Bengkel itu merangkumi peluang pembiayaan, strategi mendapatkan dana dan pembiayaan perniagaan serta mendedahkan mereka dengan pengajian perniagaan sebenar demi memperkasakan usaha niaga mereka.

Selepas berjaya dianjurkan di Miri dan Bintulu, bengkel yang diadakan di sini menandakan satu lagi kejayaan Tabunga Ekonomi Gagasan Anak Sarawak dalam mendedahkan usahawan ke alam perniagaan sebenar.

ARTYX dan POiNTER adalah sebagai pengendali bengkel berkenaan dan TEGAS menzahirkan terima kasih kepada peserta yang menghadirinya.

TEGAS akan terus berusaha memperkasakan usahawan di seluruh ngeri ini, kata kenyataan TEGAS.