KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah di sini, hari ini.
Kunjungan itu diadakan menjelang perpindahan Mohamad Zainal ke Bukit Aman susulan pelantikannya sebagai Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.
Pelantikan yang diumum PDRM 15 September lalu menyaksikan Mohamad Zainal menggantikan Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Mohamad Zainal menerajui Kontinjen Polis Sarawak sejak 26 September 2025 selepas menggantikan Dato Mancha Ata yang bersara.
Sepanjang tempoh berkhidmat di Sarawak, beliau menjalinkan kerjasama rapat dengan kepimpinan negeri dalam aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan peningkatan kemudahan kepolisan di Sarawak.
