LUNDU: Pelancongan kesihatan berpotensi diperkembangkan di Parlimen Santubong khasnya kawasan Tanjong Datu di sini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata ini kerana kawasan terbabit memiliki jajaran pantai panjang dan kawasan luas.
“Kelebihan ini membuka ruang untuk kita
mengembangkan pelancongan kesihatan
di Parlimen Santubong dan khasnya di Tanjong Datu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan Majlis
Penangguhan Regata Batang Kayan Lundu 2026, di sini, hari ini.
Majlis penangguhan dilakukan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Nancy berkata, ini berikutan pembangunan dan peluasan hospital swasta di Kuching dijangka menambah hampir 1,000 katil seperti pernah diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Perkembangan ini boleh membuka peluang baharu dengan konsep pusat peranginan kesejahteraan dan pemulihan,” tambahnya.
