Premier Sarawak hulurkan sumbangan kepada PDK Gedong

GEDONG: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Gedong menerima sumbangan sebanyak RM10,000 bagI membeli satu set televisyen pintar.

Sumbangan itu daripada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Wakil Khas kepada ADUN Gedong, Dato Sri Naroden Majais dan isteri Datin Sri Masnah Ahmad yang juga Penaung PDK Gedong menyampaikan sumbangan itu di Majlis Ramah Tamah PDK Gedong, di sini.

Naroden berkata, menjaga kebajikan rakyat akan terus menjadi salah satu agenda utama Kerajaan Sarawak.

“Premier kita, Abang Johari sememangnya memberi fokus kepada situasi kebajikan dan kehidupan rakyat sebab itu banyak pembangunan dilaksanakan,” katanya.