DUN Pakan pertembungan tiga penjuru

SARIKEI: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13.

Penyandangnya, Tan Sri William Mawan Ikom daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS-PBB) dicabar dua calon Bebas, Tedong Gunda dan Bruce Yee Chin Kui.

Pertandingan itu turut menyaksikan Mawan berdepan cabaran baharu selepas beliau berjaya mengekalkan kerusi Pakan pada PRN Sarawak 2021.

Pada pilihan raya lalu, Mawan memperoleh 714 undi majoriti untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Pakan mempunyai seramai 15,022 pengundi berdaftar.