BALINGIAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Balingian, Dr Abdul Yakub Arbi dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) berdepan saingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13, 12 Disember ini.
Beliau berdepan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Timah Unchat selepas proses penamaan calon hari ini.
Abdul Yakub dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diiringi Henry @ Matan Sri selaku pencadang, Ali Hamid sebagai penyokong dan turut disertai kira-kira 1,500 penyokong GPS.
Mereka bergerak dari perkarangan Masjid Setiaraja Mukah ke pusat penamaan calon di Menara Pehin Setia Raja.
Beliau tiba di pusat penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi. Turut memberikan sokongan ialah Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib serta Presiden Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Tan Sri Dato Sri Dr. Leo Michael Toyad.
Abdul Yakup mewakili DUN Balingian sejak 2016 dan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada 2021 dengan majoriti 2,904 undi dan PRU DUN Sarawak kali ini merupakan penyertaan ketiga beliau sebagai calon.
