Pelantikan Awang Bemee bukti kepercayaan kepada GPS

BINTULU: Pelantikan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Speaker Dewan Negara Ke-21 jelas membuktikan kepercayaan Kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Justeru, Pengerusi GPS merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana mencadangkan nama Awang Bemee sebagai calon tunggal bagi mengisi jawatan tersebut.

“Tahniah kepada Datuk Awang Bemee kerana diberikan kepercayaan oleh Yang di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri untuk dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara,” katanya kepada merasmikan Kompleks Methanol Sarawak Petchem di Bintulu, semalam.

Pelantikan Awang Bemee dicadangkan oleh Anwar pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 semalam bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu.

Awang Bemee mengangkat sumpah sebagai Senator pada 15 Julai lalu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh hingga 14 Julai 2027.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *