Sempadan tidak jelas sukaan agihan bantuan

BINTULU: Garisan sempadan tidak jelas didapati berlaku antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dan DUN Tanjong Batu di sini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ini sehingga terdapat kes pengundi yang tinggal di kawasan DUN Tanjong Batu didaftarkan mengundi di DUN Jepak dan sebaliknya.

“Hal ini menyukarkan pengurusan pilihan raya dan peruntukan bantuan,”katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada jawatankuasa pengurusan masjid dan surau bagi kawasan DUN Jepak dan DUN Tanjong Batu di Dewan Muktamar, Kampung Jabai, di sini, hari ini.

Mohamad Asfia berkata, garis sempadan yang tidak jelas itu juga menyebabkan masalah pengagihan bantuan kerana ada kes nama penerima bantuan tidak tersenarai dengan betul.

“Nama-nama penerima bantuan di Jepak kadang-kadang berada dalam senarai (DUN) Tanjong Batu,” ujarnya.

Justeru, Asfia menyarankan agar wakil rakyat dari kedua-dua kawasan DUN terbabit mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu persempadanan itu.

Hadir sama ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming dan ADUN Jepak, Iskandar Turkee.